Monday, December 6, 2010

DISAKITI DAN MENYAKITI YANG MENYAKITKAN

Hi, Assalamualaikum....


Ni first time saya wat blog...saje je nak try...ni posts saya yang pertama kat blog ni...maybe tunggang-langgang sikit...huhu....dan untuk posts saya yang pertama...saya nak sentuh pasal tajuk ni....DISAKITI DAN MENYAKITI YANG MENYAKITKAN....dan adalah sedikit sebanyak kaitannya dengan saya..huhuhu~~~

Kenapa kita mesti selalu menyakiti? Sedangkan kita sudah ketahui yang menyakiti dan disakiti adalah amat menyakitkan? Kita sebagai manusia dan makhluk yang ada di muka bumi ini tidak akan terlepas daripada perasaan cemburu, irihati dan hasad dengki...tak boleh tengok orang lain senang n lebih sikit...mulalah nak jelous..ish-ish....itulah sifat semulajadi dan ego, yang manusia tak leh nak elak n buang........

Saya masih ingat lagi masa sekolah dulu, ustaz/ustazah selalu pesan "Kalau orang dengki/buat jahat kat kita, kita jangan balas balik dengan kejahatan...kita kena lah balas ngan kebaikan sebab Allah sayang hamba-Nya yang pemaaf/baik hati.." Tapi apa yang saya lihat/alami adalah yang sebaliknya...hakikatnya, bila ada org dengki/buat jahat...dibalasnya balik ngan kejahatan..hmmm...bilalah akan ada rasa aman/tenang?? Kemaafan akan sukar diperolehi/diberi apabila kita mempunyai ego yang tinggi~~seronok ke bila tengok orang disakiti?? seronok ke bila menyakit orang lain??

Kadang-kadang, saya sendiri pon tak sedar yang saya telah/sedang menyakiti kawan saya... menyakiti orang ni tak perlu pon nak guna pisau........sebab lidah (kata-kata) kita ni lebih tajam/menyakitkan dari mata pedang..bak kata pepatah " Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. " Tapi, semuanya adalah lumrah hidup. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan...hehehe..Maka, untuk mendapatkan ketenangan hati,  dengan tindakan memaafkan seseorang itu, kita perlu mengorbankan ego kita~~Tak payah nak pentingkan diri dengan ego yang melangit tinggi...

Memang tak mudah untuk memaafkan seseorang...kita akan merasa dipijak, kita yang kalah.. kita rasa bahawa, bila kita memaafkan maka kita akan kelihatan kalah/bersalah...bukan mudah, sebab kita akan rasa seseorang yang bersalah sepatutnya menanggung kesalahannya..tetapi, adakah kita akan merasa bahagia? gembira? tenang? 
TIDAK. Kebahagiaan/kegembiraan/ketenangan tidak akan diperoleh dengan mudah...tanpa adanya pengorbanan...maka untuk mendapatkannya, kita seharusnya mengorbankan ego kita. 

Kita percaya bahawa, Allah akan memberikan kita sesuatu yang baik apabila kita memaafkan seseorang yang menganiyai kita. Setiap apa yang berlaku/terjadi ke atas diri kita hari ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri...wallahualam~

p/s :
Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??




2 comments: